Jumaat, 23 Oktober 2015

PUTERA YANG DINANTI

Assalamualaikum anak2 mama dan babah ..
Mama harap anak2 mama dalam keadaan yag baik2 sahaja .. mesti tertanya2 kan kenapa tajuk  besar Mama 'putera yang dinanti ' kaaann .. okay mari mulakan ceritaaaa :)

tajuk tu bersempena kelahiran anak kedua Mama iaitu ABID HARITH ...
Kenapa putera yang dinanti ? sebab ketika mama mengandungkan Abid , mama memang harapkan anak lelaki sebab Mama nak sepasang anak mama :) dan mama buat 3 kali scan untuk pastikan awak tu boboy tau :)

hari ni mama nak cerita bagaimana mama lahirkan Abid Harith ni ... hihihiii ..
bermula dengan sakit perut dan tumpah darah yang teramat pada 16 MAY pada jam 12.30 malam .. tapi mama tahan , tunggu babah awak balik , tapi babah nasihatkan supaya ke hospital supaya tak terjadi apa2 di luar jangkaan .. soo mama setuju nak ke hospital walaupun due date mama sepatut nya 8 jun ...

Sampai saja hospital , doktor cek jantung baby , dan cek laluan .. dah ada bukaan 2 cm jadi mama terpaksa admit wad takot2 tiba masa nak beranak plak ,, hihi .. tapi esok nya laluan masih sama 2 cm .. Darah pun masih turun sikit2 beserta air .. jadi doktor sarankan pakai pad .. Mama di pantau dr semasa ke semasa .. pergerakan baby pun lemah .. Tiap masa doktor akan pantau dgn lakukan CTG .. 19hb , mama perasan sesuatu di PAD mama iaitu air bercampur lendir berwarna hijau .. Mama tunjukkan pada doktor .. rupa nya mama dah dijangkiti kuman ... doktor masukkan antibiotik dan buat keputusan pagi esok masuk ubat paksa bersalin .....
Tapi mama berkeras .. jika ubat pertama tak ada kesan atau bukaan saya nak OPERATION .. mama nekad nak selamatkan baby dalam kandungan mama ..

20 hb 7.30 pagi , doktor masukkan ubat pertama untuk mama , mama tak rasa kontraksi apa pun tapi pada pukul 12.30 tengah hari , pakar cek laluan mama dan bgtahu bukaan 4 cm ..
alhamdulillah , mama di tolak ke labour room ... pukul 3.30 petang , doktor pecah kan ketuban mama , dan dari situ kontraksi bermula .. Tuhan saja tahu sakit nya bertarung nyawa demi satu nyawa di dalam kandungan ini ..


7.22 petang ... Mama tahu sudah tiba masa nya kamu keluar melihat dunia sayang .. dalam keadaan mengantuk dan letih , mama cuba keluarkan kamu .. yesss .. itu lah dia PUTERA YANG DI NANTI .....
bahagia nyaaaa , kembali nya nyawa dan semangat mama melihat kamu sayang ..

itulah dia ABID HARITH .. Nama yang diberi oleh opah pada kamu sayang :)

tamatttt ....
PUTERA YANG DI NANTI ..
ABID HARITH ( YANG KUAT BERIBADAH )

PUTERI PERTAMA MAMA

Assalamualaikum anak mama dan babah ...

Hari ni mama nak cerita kan kisah bagaimana mama lahirkan anak mama yang pertama iaitu Alyaa' Hawani :)

Nak mula dari mana yer ..... ermmm ok laahh Mama mulakan dari mula2 mama rasa sakit yer .. hihihi ..
okay , mama start sakit perut pada 21hb april 2013 pukul 4.20 petang ..
Waktu tu , mama baru bangun tidur sebab babah nak bersiap gi kerja ,, hihihi ...
waktu bangun mama okay lagi , tapiii waktu azan asar perut mama mengerassssss ..
babah kome cuakkk , tok bah terus panggil Ambulans :)

Sampai je hospital , doktor cek laluan baru bukak 2cm ,belum lagi nak beranak kata nye .. hihi .. tapi doktor sahkan air ketuban mama sikit dan baby dalam kandungan berisiko untuk lemass ... jadii mama di tahan wad untuk pemeriksaan lanjut .. dugaannnn .........

Akhirnya doktor buat keputusan untuk memasukkan ubat paksa bersalin untuk mama supaya laluan buka .. 23 hb mama di masukkan ke wad bersalin dan di masukkan ubat yang pertama , tapi tiada apa kesan pon , keesokkan nye pon masih sama , tiada laluan dan sakit kontraksi .. doktor memutuskan untuk masuk ubat ketiga pada 25hb dan doktor berpesan supaya berpuasa sebab kalau masih tiada bukaan laluan , doktor akan melakukan pembedahan kerana takut mama dijangkiti kuman dalam rahim ..

25hb pukul 6 pagi , mama di masukkan ubat paksa bersalin yang ketiga ,, selepas sejam dimasukkan ubat , mama dah mula ada kontraksi ,, perlahan2 dan semakin kuat .. berkat arwah maklong ada ketika itu memberi semangat dan pantau keadaan mama ,, babah pun tak keruan ketika itu , melihatkan keadaan mama yang teruk tambah dengan demam tiba2 ..

Alhamdulillah .. jam 2.15 petang , ketika angin ribut di luar labour room , mama melahirkan seorang puteri yang di beri nama ALYAA' HAWANI bermaksuk KETINGGIAN IBU PENYAYANG :)
bersyukur kerana ketika saat mama lahirkan awak , babah ada di sisi mama .. memberi semangat , dan tak putus mendoakan keselamatan mama dan awak ..

Alyaa' .. lahirkan mu memang payah , susah , jerih perih mama menahan kesakitannya , tapi melihatmu lahir dan membesar adalah nyawa kedua buat mama sayang .. kebahagiaan mama dan babah sebagai keluarga bermula dari kamu ..

tamat ....

ini gambar ALYAA' HAWANI BINTI ABDUL HALIM :)

Selasa, 20 Oktober 2015

PERKAHWINAN KU

Assalamualaikum anak2 ..

Hari ini mama nak cerita macam mana mama dan babah kenal dan bina masjid ni ..
semoga anak2 mama dan babah suka baca cerita ni yer :)

Perkenalan mama dan babah bermula apabila mama dapat kerja di LISWAN chicken chop tempat babah kerja .. Mama mula mesej babah , kenal n cerita masalah kami bersama ..Setiap petang waktu kerja pasti kami berjumpa , ala2 dating time kerja laa ..
Dekat kedai , pekerja perempuan banyak yg suka perli mama itu ini bila dapat tau , mama n babah bercinta ,, JELOUS kot , hahahah

kami bercinta tak lama , sebab mama dan babah ambil jalan untuk bernikah .. walaupun dalam kesederhanaan , asalkan kami HALAL untuk melakukan apa saja :)
Alhamdulillah walaupun mama dalam usia yang muda , mama bergelar ISTERI kepada Babah ..
21 SEPTEMBER 2012 tarikh mama dan babah di ijabkabulkan ..

Ramai yang tetanya2 , Mama tak menyesal ke kawen muda ni ,
jawapan mama , simple jer ... ' kenapa nak sulitkan perkara yang mudah '
usia bukan penghalang cinta kami bertaut ,, walaupun umur mama dan babah beza 10 tahun , itu tak bermakna mama dan babah tak boleh bersatu kann ?? hihi ..

Mama bahagia bila dah HALAL untuk buat apa saja dengan babah ,
masih enjoy je macam org muda2 gituu ..
ohh lupa .. waktu mama kawen dengan babah . umur mama 19tahun :)
Tak lupa juga keluarga mama dan babah terima hubungan kami dengan gembira ....

haaaa .. cam tuh laa kisah nyaa , yang ni mama ringkas kan je .. kalau cerita dari A-Z tak cukup page nii . hihihi .. okay anak2 mama .. jaga diri yer semua .. mama sayang kamu semua :)

Assalamualaikum ......

Isnin, 19 Oktober 2015

PENGENALAN :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah , tercipta satu blog untuk tatapan anak2 mama pada masa akan datang ..
Mama masih baru di sini , jadi mama cuba yang terbaik untuk ceritakan semua nya untuk anak2 mama :)

Saat blog ini dicipta . ALYAA' HAWANI dan ABID HARITH masih kecil .
kakak 2tahun dan adik baru 5bulan :)
sekarang awak berdua lena di buai mimpi , jadi ini lah masa nya mama menulis blog mama :)

kesayangan mama ...
blog ini mama nak kamu semua baca dan tahu tentang kehidupan kita ,
mungkin saat kamu membesar mama pergi dulu .. ini lah nukilan mama untuk kamu semua :)
hayati pengorbanan mama dan babah dalam membesarkan kamu semua ..
mama dan babah tak minta kamu semua balas dengan wang ringgit , cukuplah sekadar mendoakan
mama dan babah ye anak2 ku :)

Baiklah , mama akhiri nukilan pertama mama ni dulu yer :)
mama dan babah sayang kamu semua ...

Assalamualaikum  ...